‘Ibu Hamil Yang Ada Gestational Diabetes (GDM) Boleh Membahayakan Baby Dan Kesihatan Jika Tidak Di Pantau…’

Isteriku Hantu Coklat Cadbury…

Cerita dia bermula begini….

Pada suatu malam, aku baru saja habis buat kerja office aku. Aku rasa haus dan aku pon pergi ke dapur. Sampai je aku dekat meja makan, aku dengar satu bunyi dekat ruang tamu…
Huuuuuuuuuuuuuuu…
Chomp, chomp,chomp…
Hehehehehehehe….ย 
Dah siapa pulak makan dan gelak sorang-sorang malam nie,’ cakap aku sorang-sorang.
Meremang jugak rasa, tapi sebab curious, aku pon pergi ke ruang tamu.
Perlahan-lahan aku jalan dan aku pon jenguk ke ruang tamu.
Alamak mak oiiiii, pontianak ke ape tue?

Aku tarik nafas panjang2,
Nak beranikan dirilah citenye…
Aku dah fikir, kalau hantu, aku baca ayat Kursi kuat2…
Belom sempat aku pergi dekat hantu tue,
Dia menoleh perlahan-lahan dan senyum dekat aku…
Mukanya putih dan rambut dia pan… pan… pan… janggg,
Astaugfirullah! ibuuuu tolong Aman, ada hantuuu….. ย 
Tak terbaca aku ayat Kursi.
Perempuan itu datang peluk aku dan cakap,
‘Abang mane hantu? maneee?’ Sambil pegang coklat.
Pegang coklat???

Jap-jap kalau hantu, mane ade pegang coklat,
Bila aku tengok betul2 , rupa-rupanya isteri aku…
Fuh lega…
‘Ayang, ayang dah kenapa makan sorang-sorang dekat ruang tamu nie, dah lah gelap, kenapa tak buka lampu, kenapa tak tidor lagi, kenapa pakai bedak sejuk malam-malam nie dan kenapa rambut Ayang panjang sangat?
Bertubi-tubi aku tanya soalan…
‘Abang, abang dah kenapa nie? Cam tak betul je… Kenapa rambut panjang? ย Dia yang suruh kita bela rambut panjang-panjang, lepas tue marah pulak.’ Cebik isteri aku..
‘Ayang dah seminggu asyik makan coklat Cadbury. Tak muak ke? Pagi, tengah hari, petang, malam asyik berkepit je dengan coklat tue…’
‘Tak muak pon,’.
Sengih kerang busuk pulak isteri aku nie, tapi comey, cair hati jap…ย 
‘Sayang, Sayang jangan makan benda manis banyak-banyak, kan tengah mengandung tueee. Nanti ada kecing manis baru tahu.’ Aku pesan kat isteri aku sambil usap-usap rambut dia.

*****

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.๐Ÿค—

Jadi ke cerita sis? Hehehe… Itu cerita rekaan je tau, saje nak buat selingan. Nak asah, sis ada tak bakat nak tulis novel. Boleh beri pendapat… sis alu-alukan…ย ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ย 

Hari ini sis nak share tentang TIPS2 nak jaga kadar gula time mengandung.

Mommy-mommy yang mengandung, ada tak jadi macam isteri kat atas? Hantu coklat?
Selalunya, time period je, perempuan akan tergila-gilakan coklat.๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค Betul tak?
Coklat akan membuatkan hati bahagiaaa dan akan hilanglah semua sakit dan moody…๐Ÿ˜‹๐Ÿ’ƒ

Sedapnye…๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Seperti biasalah, time mengandung pelbagai karenah isteri akan keluarkan,
ada yang nak makan sabun,
ada yang suka cium ketiak suami,
ada yang beli 9 lipstik sebulan sebab pembawakan baby,๐Ÿ’„
Sampai si suami tak terlayan dan tak senang duduk, sebab nak kene layan kerenah cinta hatinya. ย 
Layan jelah ye, encik-encik suami,๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž kalau tak, nanti lain jadinye…
What sis can say, it is very sweet memory โค๏ธ๏ธย bile time mengandung nie. Sepatutnya, kene rakam supaya kekal kenangan tueee.

Tapi, kalau asyik makan benda yang manis time mengandung, you need watch out!
Bezakan antara ย ‘Mengidam atau ketagih’ dengan makanan yang manis.

Gestational Diabetes (GDM) Kencing Manis ketika hamil.ย 

Gestational Diabetes berlaku apabila kadar gula dalam darah tinggi semasa hamil. Apabila makan, system pencernaan akan menukarkan makanan menjadi glukose (gula) di dalam badan. Pankrease akan rembeskan hormon insulin untuk menukarkan glukose kepada tenaga dan akan diserap oleh sel, otot dan lemak. Jika kadar insulin tidak cukup untuk tukarkan glukose kepada tenaga, glukose akan tinggal didalam saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan gestational diabetes (GMD). Ketika mengandung, pelbagai hormon akan dihasilkan, ini boleh menyebabkan insulin kurang berfungsi kerana kehadiran pelbagai hormone. Dan effect GMD dia ialah tidak permanent.

Bagaimana ingin tahu ada Gestational Diabetes (GDM) atau tidak?

Apabilan seorang ibu disahkan mengandung, doktor akan setkan medical check up untuk melihat perkembangan bayi dan untuk menjaga kesihatan si ibu. Akan ada satu ujian yang dimana, si ibu perlu minum ‘Air gula’ sebanyak 250 ml.

Apabila kadar gula tinggi selepas 3 jam Iaitu atas dari 7.8 mmol/l, si ibu ada GDM.

Bahayakah Gestational Diabetes (GDM) jika tidak dikawal?

Sangat bahaya jika tidak dikawal. Ia boleh menyebabkan si comel dalam keadaan bahaya.
Bukan sekadar baby menjadi besar, organ seperti liver, kelenjar ardrenal, dan jantung juga semakin membesar dan ini boleh menjadi masalah setelah baby lahir.
Selain itu, ketika baby lahir, kadar gula baby akan menjadi sangat rendah (hipoglikemia) kerana peningkatan insulin didalam badan mereka. Ini kerana, ketika didalam kandungan, banyak glukose masuk ke dalam tali pusat dan terus kepada baby. ย  ย  ย 

Ibu juga boleh mengalami keguguran atau setelah dilahirkan, baby sudah tidak bernyawa lagi.ย 

Bahaya tak dengan gestational diabetes??? Bahayakan. So, mesti kene kawal kadar dalam gula.

Macam mana?
Nie Sis sharekan antara tips yang boleh mommy, mama dan ibu boleh lakukan untuk kawal kadar gula ketika mengandung.
Bukan setakat mama je kene buat, hubby pon kene tolong juga untuk menjayakan.ย 
Sis pon ada amalkan juga time mengandung and at the time, sis pon ada GDM. Tapi sekarang Alhamdulillah, dah normal.

1. Sorokkan atau simpan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gulanya.๐Ÿ™…๐Ÿง๐Ÿฆ

Semua benda yang manis pergi sorok atau senang, jangan beli. Kalau nak makan or minum sekali pon, tunggu time mengidam or teringin. Tapi ingat tak boleh banyak2 tau.

Tapi sis yang dah ada anak nie, bile pregnant, akan adalah air berkarbornat, gula-gula dan coklat bueno dekat rumah. Huhuhu
Suami sis pon sangat rajin main ‘hide and seek’ minuman dan makanan dengan sis. Ada satu hari, sis pregnant time tue, teringin nak minum air F&N oren, dan ada ternampak abang beli. Cari punya cari, tak de! huhu… Time tue tetiba sedih. Sampai, call abang dekat tempat kerja, tanya mana air tue. Abang tanye kenapa, sis cakap dah teringin. Suami sis sorokkan dekat bawah katil anak sis. Hahaha…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

2. Tukar beras dan roti.๐Ÿš๐Ÿž

Apabila kita dah diagnose ada GDM, style makan kene tukar. Untuk beras, guna beras perang sebab kandungan kanji kurang. ย Mahal? Sis faham, tapi, biar invest sekarang, dari kene invest dekat penyakit yang lagi tinggi cost dia.
Kalau yang suka makan roti putih, tukar kepada roti jagung, roti yang warna coklat tue. Tak de selera nak makan roti coklat? Sis faham, sebab sis pernah alami. Nak tahu tak, sis buat camne? Sis cicahkan roti coklat tue dengan Lazzchoco. Sedap,๐Ÿ˜‹sebab ada perisa coklat. Lazzchoco memang ada kandungan gula, tapi tidak tinggi seperti minuman susu perisa yang lain. Nak letak jem, kaya or nutella, memang tak boleh, Manis. So, untuk snek, Sis makan roti cicah Lazzchoco.ย 

ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย susu kambingย  ย  ย  ย  ย  ย 

 

 

 

3. Bersenam.๐Ÿคฐ๐Ÿป๐Ÿšถ๐Ÿป

Time mengandung kene bersenam. Kalau kemas rumah kene bersenam juga ke? Jawapan sis, kene juga. Bersenam nie, sis tak suruhlah nak jogging, buat zumba dan sebagainya. Just take nice walk at park, sambil tue pegang tangan suami. Manja-manja sikit. Jalan dalam masa 30-45 minit je. Sis memang buat, dan tak lama pon 30 minit. Borak-borak dengan suami, kadang-kadang tak sedar dah 30 minit. Suami sibuk? Ajak best friend berjalan. Confirm dia nak, sebab dia boleh main dengan baby bump. Hehehe.

Sweet tak?ย ๐Ÿ˜

4. Makan dengan kerap tapi kuantiti sikit.

Nasihat ini selalu kita dengar. Jangan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri yeee. Tapi, untuk kawal gula dalam badan, memang kene praktikkan. Bak kata mak sis, makan galak kali tak pe, jangan makan sekali gus macam ular. Antara kelebihan makan dengan kerap nie, ialah tak selalu lapar. Percayalah cakap sis. Sis dah buat, memang tak lapar. Sape nak diet time preganant, pon boleh amalkan.ย 

Dear readers sis, jaga pemakanan tau. Elakkan makan dan minum benda yang manis ye.ย ๐Ÿ˜˜

Author: Sis Aishah๐Ÿค—
Lazz careline supporter HQ

Comments